PAHLAWAN DALAM SETIAP CAWAN
~ sejak 1958 ~
Kisah kami bermula sebelum tahun 1955 apabila pengasasnya, Allahyarham Tuan Haji Zainal bin Haji Said ingin menterjemahkan impian memulakan pengeluaran serbuk kopi cara rakyat Malaysia atau lebih dikenali sebagai Kopi-O dibawah jenama Hang Tuah, pahlawan Melayu terkenal. Namun idea ini tidak disenangi oleh pihak British yang sedang menduduki Tanah Melayu atau Malaya ketika itu. Ini memandangkan semangat pada nama Hang Tuah yang mampu memprovokasi dan miliki kesan signifikan ke atas kemerdekaan Tanah Melayu atau Malaya.Oleh demikian di masa tersebut kopi beliau dikenali sebagai “Chap 3 Murid”.
Sebelum 1955
Sehari sebelum hari Merdeka 31 Ogos 1957, Tuan Haji Zainal mula mengeluar dan memasar Serbuk Kopi Campuran Hang Tuah. Ketika itu, beliau merupakan seorang Barista dan ahli pemasaran yang melibatkan biji kopi, kopi yang dikisar serta pelbagai rempah. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bersama keluarganya yang beroperasi di Sungai Lokan, Seberang Perai, Pulau Pinang.
1957
Tuah Store telah ditubuhkan dan semasa era Tuan Haji Zainal memegang jawatan, beliau telah mengembangkan perniagaan perniagaan Kopi ‘O’nya ke seluruh negara.
1958
Pada 20 Julai 1974, kemudahan baru (P2) telah dibina bagi menggantikan kilang kopi lama di Sungai Lokan. Ini sebagai pelan pengembangan perniagaan demi memenuhi permintaan tinggi kopi Hang Tuah di pasaran. Prasarana baru yang dibina meliputi stor yang lebih besar untuk biji kopi mentah, penghasilan produk dan pejabat pemasaran. P2 dibina dengan kos RM 400,000.00 pada masa itu.
1974
Pada tahun 2002, Hang Tuah telah membina dan berpindah sekali lagi ke kemudahan terkininya (P3), yang terletak di Taman IKS PERDA, Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Semasa era milenium ini, P2 tidak lagi mampu menampung peningkatan kapasiti pengeluaran dan permintaan pasaran. P3 direka dan dibina mengikut teknologi terkini dalam industri kopi dengan mengambil kira dan menyelaraskan metodologi, teknologi, dan jentera dari Sepanyol. Faktor keselamatan, kesihatan, ergonomik, dan alam sekitar telah dipertimbangkan semasa pembinaan kemudahan ini.
Sebagai sebuah organisasi yang mengutamakan alam sekitar, P3 dilengkapi dengan Sistem Kawalan Asap. Sistem ini bertujuan untuk mengawal dan menyaring asap yang dihasilkan oleh kemudahan ini dan hanya membenarkan asap bersih (tanpa jelaga hitam atau bau) dilepaskan ke alam sekitar. Dengan ini, alam sekitar dan penduduk sekitar tidak akan terancam dengan operasi kami.
Dalam pembinaannya, P3 telah menggabungkan sebahagian besar Bahagian Operasi syarikat dari Logistik, Pengilangan, Pengeluaran, Sumber Manusia, Penyelidikan dan Pembangunan, Kualiti, Perakaunan dan Kewangan, kecuali Bahagian Jualan dan Pemasaran yang kini terletak di Pejabat Korporat kami di Kuala Lumpur.
Sebagai sebuah organisasi yang mengutamakan alam sekitar, P3 dilengkapi dengan Sistem Kawalan Asap. Sistem ini bertujuan untuk mengawal dan menyaring asap yang dihasilkan oleh kemudahan ini dan hanya membenarkan asap bersih (tanpa jelaga hitam atau bau) dilepaskan ke alam sekitar. Dengan ini, alam sekitar dan penduduk sekitar tidak akan terancam dengan operasi kami.
Dalam pembinaannya, P3 telah menggabungkan sebahagian besar Bahagian Operasi syarikat dari Logistik, Pengilangan, Pengeluaran, Sumber Manusia, Penyelidikan dan Pembangunan, Kualiti, Perakaunan dan Kewangan, kecuali Bahagian Jualan dan Pemasaran yang kini terletak di Pejabat Korporat kami di Kuala Lumpur.
Kini
PRODUK KAMI
~ Setiap Rasa Punya Citarasa Cerita Tersendiri ~
Alami Adunan Seni Dengan Pilihan Teristimewa Kami, Dihasilkan Untuk Membawa Lebih Detik Bahagia Setiap Hari
Biji kopi terbaik akan dipilih dan disimpan di tempat kering untuk menjalani "pembebasan gas" merupakan satu proses yang
mengeluarkan kelembapan. Hanya biji yang berkualiti tinggi akan dipilih dan dipanggang oleh Barista.
Langkah 1: Pemilihan dan Pembebasan Gas (Out-Gassing)
Barista kami akan memanggang biji kopi dahulu sebelum dipanggang semula bersama gula untuk menghasilkan kopi yang pekat.
Biji kopi ini kemudian dibiarkan sejuk sebelum dikisar.
Langkah 2: Pemanggangan
Selepas pemanggangan, penyimpanan yang betul adalah penting untuk mengekalkan rasa segar biji kopi. Biji kopi akan dikisar dengan tahap ketebalan yang betul mengikut piawaian kami. Jenis pengisaran adalah seperti (Turkish Grind) kisaran halus, (coffee percolator atau French press) kisaran kasar, selari dengan kaedah penyediaan yang biasanya digunakan.
Langkah 3: Pengisaran
Setelah dikisar, biji kopi akan dibungkus dengan bungkusan berkualiti tinggi untuk mencegah udara meresap masuk. Mengikut Keutamaan: udara, kelembapan, haba dan cahaya adalah faktor-faktor alam sekitar yang boleh mengurangkan rasa biji kopi.
Langkah 4: Pembungkusan
RAKAN NIAGA KAMI
CAWANGAN KAMI
2021 Kopi Hang Tuah Sdn Bhd